Wednesday, 28 December 2011

KARNIVAL HARI KELUARGA GOMBAK SETIA 2012





JAWATAN KUASA PENGELOLA

KARNIVAL HARI KELUARGA GOMBAK SETIA 2012



URUSETIA



Penasihat               :        Datuk Hj.Mohd Shariff Ahmad

                                           Tuan Hj.Shariful Azman Hj. Othman



Pengerusi                 :      Hj.Ismail Harun  (012-3808046)

Timb. Pengerusi      :      Encik Zainal Abidin Rashid (017-3044412)

Bendahari                :      Tuan Hj.Othman Abdullah

Setia Usaha             :       En. Riz Zuan Ismail 



Jawatan Kuasa        :     1.  Puan Hjh.Rosnah Sharip  (019-2621034)

                                        2.  Puan Fauziah Abdul Aziz  (013-2465384)

                                        3.  Puan Siti Radiah Nordin   (012-3836492)

                                        4.  Encik Bakhtiar Ahmad (019-3808943)

                                        5.  Encik Anuar Mohamad (019-2504851)

                                        



PENGELOLA ACARA

1. Acara Kanak kanak:             1.Puan Fauziah Abdul Aziz (Ketua)  (013-2465384)

                                                    2. Puan Khatijah (PDK KAMII)
                                                    3. Puan Salmah
                                                    4. Puan Norhafizah



2. Acara Remaja :                     1. En.Amran Hj. Ilyias (Ketua)  (013-2475583)

                                                    2. En Zabidi

                                                    3.  En. Anuar Mohamad



3. Acara Wanita:                       1. Puan Siti Radiah Nordin (Ketua)  (012-3836492)
                                                    2. Biro Wanita (KRT)

                                                   

4. Acara Persembahan:            1. En Zainal Abidin Rashid (Ketua)  (017-3044412)

                                                     2. En.Riz Zuan Ismail

                                                     3.  En. Bakhtiar Ahmad



5. Sukanika/Sukan Rakyat:      1.  AJK KRT

                                                        

6. Persiapan/hiasan:                     1. Hj.Ismail Harun (Ketua)  (012-3808046)

                                                         2. En Rosli Bahudin

                                                         3. Puan Azmiah Ahmat



7. Keselamatan:                             1.En.Anuar Mohamad (Ketua)  
                                                          2. En. Rosli                                                          



8. Gerai Makanan/Pameran:       1. Hj.Ismail Harun



9. Makanan/Minuman

    Petugas/Jawatankuasa:           1. Puan Hjh.Normah Husin.




BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN GUBAHAN & MASAKAN

Sila Hubungi Puan Siti Radiah Nordin (012-3836492) untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut.








ACARA KANAK-KANAK :

Sila Hubungi Puan Fauziah Abdul Aziz (Ketua)  (013-2465384) untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut.
  • PERTANDINGAN MEWARNA 
  • PERTANDINGAN  PAKAIAN BERAGAM
  • PERTANDINGAN MENYOLEK ANAK
  • KUTIP GULA-GULA
  • SUDU PING PONG
  • BELON GORILA
 
 
    * Borang-borang penyertaan sedang dikemaskini.





    Tuesday, 27 December 2011

    KARNIVAL HARI KELUARGA GOMBAK SETIA 2012


    PKGS akan menganjurkan satu program aktiviti sosial/budaya dengan kerjasama diantara PKGS dan badan-badan kemasyarakatan di Gombak Setia.

    Program ini bertemakan "KARNIVAL HARI KELUARGA GOMBAK SETIA" yang melambangkan semangat kekeluargaan dan muhibah dikalangan penduduk-penduduk di Gombak Setia. Program ini mengandungi pelbagai aktiviti dan acara-acara riadah, pendidikan, kebudayaan & kesenian yang meliputi pelbagai peringkat umur dari kanak-kanak sehingga ke golongan dewasa.

    Tarikh : 7hb Januari 2012
    Tempat : Dewan PKGS Gombak Setia
    Masa : 8.00pagi - 11.30malam

    Semua penduduk-penduduk dan masyarakat setempat adalah dijemput sama-sama memeriahkan pelbagai aktiviti yang disediakan menerusi karnival ini agar dapat menjalinkan hubungan dan kerjasama diantara badan-badan kebajikan dan individu-individu yang berminat untuk mengambil bahagian serta menyumbang kearah mencapai matlamat untuk mewujudkan satu masyarakat yang harmoni, sejahtera, berbudaya dan bekerjasama.

    Adalah menjadi harapan Jawatan Kuasa Pengelola Karnival ini agar program ini diadakan dengan jayanya.

    Sekian, terima kasih.

    Tuesday, 20 December 2011

    MESYUARAT KARNIVAL KELUARGA GOMBAK SETIA

    Jemputan ke mesyuarat pengelola Karnival Keluarga Gombak Setia akan diadakan pada :

    Tarikh : 21hb Disember 2011 (Rabu)
    Masa : 9.00 malam
    Tempat : Dewan PKGS

    Sekian Dimaklumkan, Terima Kasih.

    Oleh : S/u PKGS

    Thursday, 8 December 2011

    Majlis Taklimat Bantuan Rakyat 1 Malaysia

    Majlis Taklimat Bantuan Rakyat 1 Malaysia RM500
    Peringkat DUN Gombak Setia.

    Tarikh : 8hb Disember 2011 (Khamis)
    Masa : 9.00pm
    Tempat : Dewan PKGS Gombak Setia

    Kehadiran adalah sangat-sangat dihargai.

    Daripada : Penyelaras DUN Gombak Setia

    Tuesday, 22 November 2011

    Mesyuarat Ke Empat JKPKGS Sesi 2011-2012


    Sila ambil maklum kepada semua JKPKGS, 

    Satu Mesyuarat JKPKGS akan diadakan seperti berikut :

    Tarikh : 28 November 2011 (Isnin)
    Masa : 9.00 malam
    Tempat : Bilik Mesyuarat Dewan PKGS

    Kehadiran Tuan/Puan ke mesyuarat ini sangat diharapkan.

    Sekian Dimaklumkan, Terima Kasih.

    Oleh : S/U PKGS

    Wednesday, 16 November 2011

    LATIHAN VOKASIONAL UNTUK BELIA NEGERI SELANGOR
    SIJIL/DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA - TEKNOLOGI AUTOMOTIF


    TEKAT-Centre of Excellence for Automotive mempelawa para belia di negeri Selangor yang telah menduduki peperiksaan SPM dan memperolehi kelulusan minima 3 kredit dalam mana-mana matapelajaran untuk menyertai program SIJIL/DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA - TEKNOLOGI AUTOMOTIF yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia dan juga industri automotif.


    Tempoh Latihan:

    SKM Tahap 1: 6 bulan
    SKM Tahap 2: 6 bulan
    SKM Tahap 3: 12 bulan
    DKM Tahap 4: 12 bulan

    Tempat Latihan:

    TEKAT-No. 2 Jalan Hentian 5, Pusat Hentian Kajang, Jalan Reko, 43000 Kajang, Selangor

    Tarikh Tutup Permohonan: 16 Disember 2012


    Tarikh Lapor Diri: 10 Januari 2012


    Bantuan Pembiayaan: Pinjaman dari Lembaga Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor


    Cara Memohon:

    1. Taip <NAMA PENUH>jarak<NO.TELEFON> jarak<NO. KP> jarak<ALAMAT LENGKAP> jarak<EMAIL>
    2. Kirimkan ke +60132262300


    UNTUK SEBARANG PERTANYAAN & PENDAFTARAN, SILA HUBUNGI:

    Pejabat: +60387373030
    En. Rizan Hassan: 0137733676 / 0195195599
    Email: rizan@tekat.edu.my

    KEMASUKAN ADALAH TERHAD!

    Monday, 14 November 2011


    Semua kawan-kawan (dan yang belum/bukan kawan juga) dijemput datang beramai-ramai (datang seorang diri pun OK, berdua pun OK! santai jer..) ke FINAS hari Khamis ni - 17 Nov - untuk rebut peluang.
     
    Peluang menang hadiah Pitch - RM2000, RM1000, RM500 - peluang jual idea SECARA LANGSUNG kpd produser, kpd Astro, kpd SKMM, kpd MDEC, kpd FINAS, kpd BSN, kpd FNM, peluang dapat free gift vouchers RM500 (ada 500 vouchers!).
     
    Bawa idea saja! Tak perlu skrip! Tapi kalau bawa business card memang elok sangat.. Dalam sound stage ada wakil-wakil Astro, RTM, TV3..
     
    Dengan hanya RM2.00, boleh Pitch 3 KALI! 1 Pitch, 5 min. saja. Mana nak dapat? Di FINAS 17 Nov boleh dapat..!
     
    oleh : YDP PKGS
     

    Anugerah Tanah Perkuburan Terbaik Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1433H/2011M

    Syukur Alhamdullillah..

    Sukacita dimaklumkan bahawa Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota di bawah pengurusan PKGS sekali lagi telah dicalonkan untuk Anugerah Tanah Perkuburan Terbaik Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1433H/2011H anjuran Jabatan Agama slam Wilayah Persekutuan (JAWI).

    JKPKGS akan sentiasa memastikan segala urusan pentadbiran berkaitan hal ehwal Tanah Perkuburan diuruskan dengan baik dan teratur. Sebagai rujukan Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota pernah menerima Anugerah Raudhatul Jannah Terbaik pada tahun 2006 Peringkat Wilayah Persekutuan.

    JKPKGS berdoa agar pada tahun ini sekali lagi layak untuk menerima anugerah yang dicalonkan.

    Amin...

    Wednesday, 2 November 2011

    FORUM PERDANA HAL EHWAL ISLAM (RTM)

    FORUM PERDANA HAL EHWAL ISLAM (RTM)

    Tarikh : 3.11.2011 (Khamis)
    Tempat : SMK Gombak Setia
    Masa : 8.00 malam - 11 malam 
    Semua dijemput Hadir ke majlis ini.

    Sesi 1 : DIARI BARU
    Masa : 8.30 malam - 9.00 malam
    (Rakaman RTM)

    Sesi 2 : SUJUD DI KAKI ARAFAH
    Masa : 10.00 malam - 11.00 malam
    (Siaran Langsung RTM)

    Tetamu Jemputan :

    Y.B. Senator Dato' Dr. Mashitah
    YBhg Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
    Imam Muda (Asyraf)
    Anjuran : 

    Yayasan Darling

    Dengan Kerjasama :

    RTM Malaysia
    Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
    Jabatan Hal Ehwal Khas


    Semua dijemput Hadir ke majlis ini.

    Monday, 31 October 2011

    Skim Rondaan Sukarela (SRS)

    Makluman (SRS) Skim Rondaan Sukarela di bawah KRTGS, akan memulakan rondaan pada 1hb November 2011. Kepada penduduk-penduduk Kg. Gombak Setia yang berminat untuk turut serta boleh hadir berkumpul di rumah Pengerusi KRTGS (Tn. Hj. Shariful, 37A, Lorong 1 Seri Setia, Gombak Setia) pada pukul 9.30malam. Kehadiran Tuan/Puan dialu-alukan.

    BERITA PKGS OKTOBER 2011



    Gambar-Gambar Ketika Majlis Hari Raya Aidilfitri 1432H Penduduk Gombak Setia



    Penyampaian Sumbangan Kepada Anak-Anak Yatim
    Oleh YDP PKGS (Datuk Haji Mohd. Shariff Haji Ahmad)
    Disaksikan Oleh Bendahari PKGS (Tuan Haji Othman Abdullah) 



    Ucapan Oleh YDP PKGS
    (Datuk Haji Mohd. Shariff Haji Ahmad)


    Antara Penduduk-Penduduk Kg. Gombak Setia Yang Hadir


    Barisan Utama JK PKGS & JK KRTGS
    Dari Kiri :
    Tuan Haji Ismail Harun (SU), Datuk Haji Mohd. Shariff Haji Ahmad (YDP),  
    Tuan Haji Shariful Azman Hj Othman (Exco & Pengerusi KRTGS)


    Kumpulan Muzik PKGS
    Diketuai Oleh ( SU PKGS - Tuan Haji Ismail Harun )
    Dibawah pimpinan ( Exco PKGS - Encik Zainal Abidin Mohd. Rashid )


    Majlis Penyampaian Derma 
    Oleh YDP PKGS (Datuk Haji Mohd. Shariff Haji Ahmad)
    Disaksikan Oleh Bendahari PKGS (Tuan Haji Othman Abdullah) no.2 dari kiri



     Ketua Kumpulan Muzik PKGS
    Encik Zainal Abidin Mohd. Rashid  









    Wednesday, 10 August 2011

    Buletin PKGS : Ogos 2011





    Buletin PKGS : Jun 2011





    Mesyuarat JK PKGS, 12 Ogos 2011

    Sila ambil maklum, Mesyuarat JK PKGS :

    Hari : Jumaat 12 Ogos 2011.
    Masa : 9.30 malam
    Tempat : Dewan PKGS

    Thursday, 21 July 2011

    Mesyuarat JK KRTGS

    Assalamualaikum, 
    Jemputan ke Mesyuarat JK KRTGS 
    Pada 21hb Julai 2011 (Khamis)
    Jam 9.00 malam di dewan PKGS
    Harap Maklum.

    Wednesday, 20 July 2011

    Persatuan Kebajikan Gombak Setia

    Pengenalan. PKGS adalah pertubuhan kebajikan penduduk (Kampung) Gombak Setia, Selangor DE, yang bergerak bebas sambil berpandukan Perlembagaannya. Pendirian PKGS berhubung semua urusannya adalah merentasi fahaman politik sambil tertumpu kepada kebajikan semua ahlinya. Ia ditubuhkan sebelum negara Merdeka lagi iaitu pada tahun 1954 dan membina sendiri bangunannya (Dewan PKGS) pada tahun 1959 dengan wang derma ahli dan penaja-penaja persendirian. Gombak Setia tidak pernah ada jentera JKKK sejak dibuka pada tahun 1952 sepertimana kampung-kampung lain – peranan ini dimainkan oleh PKGS. Waktu ini Gombak Setia diletakkan di bawah Jawatankuasa Penduduk Zon 10 Daerah Gombak dan wakil PKGS menduduki JK tersebut. Tanah tapak Dewan PKGS diwartakan Kerajaan Negeri Selangor di bawah penyeliaan langsung Setiausaha Kerajaan Negeri. Pada tahun 1965, PKGS membuka sebuah tanah perkuburan Islam (yang kini dikenali Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota) dan mengelolanya hingga sekarang. PKGS juga mengelolakan Pasar Malam Gombak Setia (setiap Ahad) yang beroperasi di Lorong Penghulu 1. Pengurusan PKGS diakui pihak berkuasa tempatan sebagai salah satu yang terbaik dan telus di kalangan badan-badan penduduk daerah Gombak. Pada tahun 2010, PKGS mengambil inisiatif menubuhkan Kawasan Rukun Tetangga bagi Gombak Setia bagi memperbaiki tahap keselamatan kampung. Kawasan liputan khidmat PKGS melibatkan 220 lot tapak rumah, 20 lot kedai dan 10 lot kemudahan awam di Gombak Setia. Peta kawasan ini boleh dilihat di Pejabat PKGS.