Thursday, 21 July 2011
Wednesday, 20 July 2011
Persatuan Kebajikan Gombak Setia
Pengenalan. PKGS adalah pertubuhan kebajikan penduduk (Kampung) Gombak Setia, Selangor DE, yang bergerak bebas sambil berpandukan Perlembagaannya. Pendirian PKGS berhubung semua urusannya adalah merentasi fahaman politik sambil tertumpu kepada kebajikan semua ahlinya. Ia ditubuhkan sebelum negara Merdeka lagi iaitu pada tahun 1954 dan membina sendiri bangunannya (Dewan PKGS) pada tahun 1959 dengan wang derma ahli dan penaja-penaja persendirian. Gombak Setia tidak pernah ada jentera JKKK sejak dibuka pada tahun 1952 sepertimana kampung-kampung lain – peranan ini dimainkan oleh PKGS. Waktu ini Gombak Setia diletakkan di bawah Jawatankuasa Penduduk Zon 10 Daerah Gombak dan wakil PKGS menduduki JK tersebut. Tanah tapak Dewan PKGS diwartakan Kerajaan Negeri Selangor di bawah penyeliaan langsung Setiausaha Kerajaan Negeri. Pada tahun 1965, PKGS membuka sebuah tanah perkuburan Islam (yang kini dikenali Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota) dan mengelolanya hingga sekarang. PKGS juga mengelolakan Pasar Malam Gombak Setia (setiap Ahad) yang beroperasi di Lorong Penghulu 1. Pengurusan PKGS diakui pihak berkuasa tempatan sebagai salah satu yang terbaik dan telus di kalangan badan-badan penduduk daerah Gombak. Pada tahun 2010, PKGS mengambil inisiatif menubuhkan Kawasan Rukun Tetangga bagi Gombak Setia bagi memperbaiki tahap keselamatan kampung. Kawasan liputan khidmat PKGS melibatkan 220 lot tapak rumah, 20 lot kedai dan 10 lot kemudahan awam di Gombak Setia. Peta kawasan ini boleh dilihat di Pejabat PKGS.
Subscribe to:
Posts (Atom)